Susu Penuh Krim Puremil ada 2 pilihan iaitu;

Puremil Penuh Krim (Susu Asli)
Puremil Coklat (Susu Coklat)

Cara Bancuhan

Untuk permulaan boleh beri anak minum 2 skop Susu Puremil + 120ml air, 3x minum sehari.

Bila anak sudah serasi @ suka, boleh tambahkan skop susu. 3 skop + 180ml air, 3x minum sehari.

Jumlah skop susu bergantung bergantung pada kesesuaian anak.

Jika anak kerap minum susu, boleh beri 2 skop susu, 4x atau 5x minum sehari.

Maklumat tambahan:

Pengambilan susu yang dicadangkan adalah seperti yang tertera di kotak bagi umur 1-3 tahun. Pihak kami tidak menggalakkan pengambilan susu secara berlebihan kerana dikhuatiri anak akan bergantung sepenuhnya dengan susu. Ia juga untuk menggalakkan kanak-kanak mengambil makanan lain yang pelbagai dan berkhasiat.

3 skop susu untuk 3x minum hampir melengkapi nutrisi yang diperlukan mengikut RNIM (Recommended Nutrient Intakes Malaysia). Kebiasaan pada umur ini anak-anak memilih dan kurang makan makanan berkhasiat/picky eater.

Untuk anak berumur 4 tahun ke atas, boleh minum 1-2x sehari (4 skop per serving) kerana pada umur ini anak sudah tidak memilih makanan dan banyak dapatkan makanan bernutrisi. Tidak perlu mengikut sukatan di kotak lagi.

Peringatan:

Sudu disediakan di dalam kotak, sila basuh sebelum guna.

Open chat
Hubungi Kami