
“KANDUNGAN”. Semakin kurang senarai bahan kandungan, semakin baik susu tersebut. Elakkan bahan kandungan seperti gula/pemanis (asli atau tiruan), krimer dan maltodekstrin (penyumbang karbohidrat berlebihan) . Susu merupakan minuman seharian kita, adalah tidak elok jika minuman harian itu mengandungi bahan-bahan tambah yang disebutkan di atas kerana amalan meminum susu adalah sedari kecil hingga tua. Pengambilan bahan-bahan tambah secara tidak terkawal boleh menjejaskan kesihatan dalam tempoh masa yang panjang.
“FAKTA NUTRISI”. Perkara paling asas bagi apa jua susu ialah nutrisinya tinggi dengan Protein & Kalsium. Dengan 3X pengambilan, susu tersebut harus menyumbang kalsium sekurang-kurangnya 500mg sehari.
*berdasarkan RNI Malaysia 2017, kanak-kanak 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 700mg sehari.
Susu yang baik ialah susu segar ataupun susu yang diproses tanpa dibuang mana-mana juzuk (bahagian) susu tersebut walaupun lemaknya serta tidak pula ditambah dengan pemanis, perisa tiruan, penstabil, krimer, maltodekstrin serta vitamin sintetik dari bahan kimia mahupun dari lemak sayuran.
Author