Info Susu

Apa beza antara susu formula dan susu lembu (susu penuh krim)?

susu puremil bukan susu formula

Melihat kepada susu tepung yang berada di pasaran ramai yang menyangka semuanya adalah susu formula. Hakikatnya ada perbezaan yang ibu bapa perlu tahu antara 2 jenis susu ini.

Susu lembu adalah bersifat natural/semulajadi susu dari segi rasa, dan sifat-sifat susu semulajadi sama seperti susu segar. Dikenali juga sebagai susu penuh krim.

Susu formula pula merupakan susu buatan sebagai alternatif kepada susu ibu yang memenuhi kandungan nutrisi tertentu sebagai syarat melayakkannya menjadi susu formula.

Justeru, susu formula ini merupakan CAMPURAN susu lembu, kambing atau soya dll yang diolah dengan bahan-bahan lain untuk memenuhi nilai nutrisi-nutrisi (ditambah vitamin dan garam mineral) yang diperlukan oleh tubuh badan dan mengikut akta makanan.

Author

admin

Open chat
Hubungi Kami