Susu Apa Yang Menjadi Pilihan Anak Anda Dan Seisi Keluarga? Memperkenalkan...

Susu Penuh Krim Puremil
dengan rasa susu sebenar

susu puremil dengan rasa susu segar

Susu Puremil diperbuat daripada 100% susu tepung penuh krim dari New Zealand yang diperkaya dengan Kalsium, Protein, DHA, Omega-3, Vitamin D dan Vitamin B12 bagi memenuhi keperluan nutrisi anak-anak serta seisi keluarga

Kalsium

Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat

DHA & Omega-3

DHA membantu dalam perkembangan otak yang cerdas dan Omega-3 untuk kebaikan jantung

Protein

Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat

Vitamin B12 & D

Vitamin B12 diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Vitamin D membantu badan dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus

susu puremil susu penuh krim mesra akta

Ibu Bapa Prihatin Pilih Susu Puremil

Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017 untuk anak berusia 1 – 3 tahun.

Susu Puremil juga menepati Akta Makanan Malaysia 1983. 

“Akta Makanan 1983 ialah suatu Akta bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya di segi kesihatan dan penipuan penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.”

Susu Tepung Penuh Krim Puremil Membantu Meningkatkan Selera Makan Anak-Anak

Ramai ibu bapa mempunyai anak yang mengalami masalah kurang selera makan dan cerewet dalam pemakanan harian. Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan dan menjejaskan sistem imunisasi badan.

Tahukah anda program makanan tambahan susu tepung penuh krim telah dimulakan sejak tahun 1970an oleh KKM bertujuan membantu memulihkan masalah pemakanan seperti kurang berat badan di kalangan kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan anak.

Susu Tepung Penuh Krim Puremil mengandungi vitamin B1, B3, B12, vitamin D, zink, dan magnesium bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak 1-3 tahun. Ia dapat membantu tambah berat badan dan selera makan anak yang mengalami masalah kurang berat badan.

Mengapa Anda Patut Beri Susu Puremil Kepada Anak Anda?

BAHAN MENTAH TERBAIK

Menggunakan susu berwarna kuning daripada New Zealand, manakala DHA berjenama MEG-3 dengan pengiktirafan daripada IFOS. *IFOS = International Fish Oil Standard

KUALITI TERJAMIN

Dikilangkan dengan piawaian IMP, GMP & MESTI, serta mendapat kelulusan pensijilan HALAL JAKIM

DIYAKINI SELAMAT

Tiada campuran gula (pemanis), krimer tanpa tenusu, maltodekstrin, pemekat dan juga pengawet

MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI

Tinggi protein, kalsium, vitamin D, vitamin B12, DHA+EPA dan Omega 3 yang diperlukan oleh tubuh badan

JIMAT WANG

Hanya 3 skop untuk satu bancuhan. Minum 3 kali sehari sudah memenuhi keperluan nutrisi anak anda. Sekotak susu puremil (500gm) dapat menyediakan sebanyak 25 hidangan

JIMAT MASA

Boleh dibancuh tanpa air panas atau air suam. Untuk membasuh juga sangat senang kerana ia tidak melekat pada puting dan botol susu

RASA YANG SEDAP

Mempunyai rasa yang sedap seperti susu segar, rata-rata mudah diterima oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa

TAMBAH SELERA MAKAN

Mengandungi vitamin B, zink, vitamin D dan magnesium yang membantu dalam meningkatkan selera makan

Berikan susu yang terbaik untuk anak anda

Anda juga boleh berkongsi dengan keluarga atau kenalan untuk pembelian yang lebih jimat.

puremil penuh krim
puremil penuh krim

RM 45.00

Sekotak

  • 500 gram sekotak
  • 100% susu penuh krim
  • Tanpa gula tambahan
  • Tanpa maltodekstrin
  • Tanpa krimer
  • Tanpa penstabil
  • Tanpa minyak sayuran
BELI SEKARANG
puremil coklat
puremil coklat

RM 45.00

Sekotak

  • 500 gram sekotak
  • 80% susu penuh krim
  • 20% coklat malt berkualiti
  • Tanpa gula tambahan
  • Tanpa maltodekstrin
  • Tanpa krimer
  • Tanpa penstabil
  • Tanpa minyak sayuran
BELI SEKARANG
pakej jimat
pakej jimat

RM 480.00

Sekarton

  • Sekarton ada 12 kotak
  • Boleh campur
  • Jimat sehingga RM60
BELI SEKARANG

Soal Jawab (FAQ)

Di manakah Susu Puremil dihasilkan ?

Susu Puremil ini dihasilkan di satu-satunya kilang yang mempunyai piawaian Islamic Manufacturing Practice (IMP) di Malaysia. Kilang ini terletak di Kuala kangsar, Perak.

Bahan mentah Susu Puremil berasal daripada mana ?

Bahan mentah susu lembu diimport daripada syarikat pengeluar susu lembu terbaik dunia di New Zealand manakala bahan mentah DHA pula diimport daripada jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 daripada Switzerland yang mendapat pengiktirafan IFOS.

Cara bancuhan Susu Puremil

3 skop Susu Puremil untuk 180ml air, cuma minum 3 kali sehari sahaja untuk menampung keperluan nutrisi seharian. 25 kali bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil. Boleh dibancuh tanpa air suam atau air panas.

Adakah Susu Puremil tanpa gula tambahan ?

Ya ! Susu Puremil adalah susu lembu asli dengan tambahan DHA+EPA dan Omega 3 sahaja. Susu Puremil tanpa gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih).

SUKROSA adalah antara penyumbang terbesar kepada masalah diabetes(kencing manis), gout, obesiti dan darah tinggi. Bagi kanak-kanak pula boleh menyebabkan hyperactive.

Bagaimana Susu Puremil dapat meningkatkan selera makan dan berat badan kanak-kanak ?

Susu Puremil boleh membantu menaikkan selera makan dan berat badan kerana ia mengandungi vitamin B1, B3, B12, zink, magnesium dan vitamin D yang bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak.

Beberapa kajian mendapati Vitamin B (B12, B1 dan B3), zink dan magnesium dapat menaikkan selera makan kanak-kanak, badan lebih bertenaga serta tumbesaran fizikal dan mental menjadi lebih baik. Kekurangan vitamin D pula menyebabkan vitamin dan zat mineral tersebut tidak dapat diserap dengan baik mengakibatkan hilang selera makan.

Adakah Susu Puremil ini sesuai dijadikan susu untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah ?

Susu Puremil tidak sesuai dijadikan susu untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah. Susu penuh krim dengan bancuhan yang tepat mempunyai banyak zat galian yang tinggi dan belum sesuai bagi buah pinggang bayi di bawah setahun. Jika dikurangkan sukatan pula akan berkurang nutrisi. 

Adakah Susu Puremil hanya sesuai untuk umur 1-3 tahun sahaja?

Tidak. Susu Puremil adalah susu penuh krim. Susu penuh krim sangat sesuai untuk seisi keluarga bermula umur setahun ke atas hingga orang dewasa.

Kalau anak alah dengan protein susu lembu, adakah masih boleh minum Susu Puremil ?

Sila dapatkan pengesahan dari doktor terlebih dahulu kerana simptom alah susu lembu lebih kurang sama dengan simptom perut kembung disebabkan ketidakhadaman makanan atau susu. Simptom ini termasuk muntah, tiada selera makan dan kembung perut.

Adakah Susu Puremil ini sesuai untuk ibu mengandung ?

Ya ! Sesuai kerana mengandungi nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ibu hamil dan menyusu memerlukan kalsium sebanyak 1000mg mengikut RNI Malaysia.

Pengambilan Susu Puremil yang dicadangkan adalah 2x sehari dengan 5 skop susu untuk 1 hidangan. 2 hidangan (5 skop @ 33g x 2) = 570 mg menyumbangkan 57% keperluan harian kalsium bagi para ibu.

Di samping itu, kandungan DHA+EPA & Omega 3 dalam Susu Puremil dapat membantu perkembangan otak bayi.

Pastikan untuk dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Adakah Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi kanak-kanak ?

Ya ! Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi kanak-kanak seperti yang terdapat dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.

Kenapa harga Susu Puremil agak mahal berbanding susu lembu lain ?

Susu Puremil agak mahal dan eksklusif kerana anda mendapat sekotak susu lembu asli yang ditambah dengan DHA+EPA dan Omega 3 .

Bukannya campuran maltodextrin, krimer, gula, pengawet mahupun penstabil. Kami beri jaminan bahawa Susu Puremil tidak mempunyai bahan-bahan tersebut.

Ramai pelanggan kami berpuas hati dan rasa berbaloi dengan Susu Puremil kerana anak-anak mereka mendapat nutrisi yang mencukupi disamping menjimatkan wang ibu bapa membeli susu. Anak-anak juga sudah berselera untuk makan makanan lain dan tidak hanya bergantung pada susu sahaja.

Kenapa anda harus percaya dengan Susu Puremil ?

Penghasilan Susu Puremil dibuat dengan mengambil kira pendapat dietitian, doktor dan pegawai teknologi makanan serta mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian. 

PENTING : Cara memilih susu yang berkualiti.

Terdapat 2 faktor yang perlu dititikberatkan sebelum membeli susu iaitu :

1. “KANDUNGAN”. Semakin kurang senarai bahan kandungan, semakin baik susu tersebut. Elakkan bahan kandungan seperti gula/pemanis (asli atau tiruan), krimer dan maltodekstrin (penyumbang karbohidrat berlebihan) .

2. “FAKTA NUTRISI”. Perkara paling asas bagi apa jua susu ialah nutrisinya tinggi dengan Protein & Kalsium. Dengan 3x pengambilan, susu tersebut harus menyumbang Protein sebanyak 12 g sehari manakala Kalsium sekurang-kurangnya 500 mg sehari.

Maklum Balas

Emilia Clarke

“Saya dapati susunya senang larut dan lemak . Hanya satu bahan ditambahkan kepada susu ini ia itu DHA dimana bahan ini penting untuk perkembangan saraf anak.


Susu ini sesuai selepas umur satu tahun sebab ia adalah susu lembu penuh krim dari New Zealand. Kini ada satu lagi susu yang tidak ada campuran yang memudaratkan ia itu susu Puremil” .


Baca maklumbalas lengkap di: https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun/posts/1829189313790383
Dato' Dr. Suriyakhatun Osman
CEO Klinik Taqwa, Dr. Suriyakhatun
Open chat
Hubungi Kami